Sunday, September 7, 2008

Cara membuat baja kompos dari tinja kambing



  1. Tinja 83% 830 kg
  2. Abu sawit 10% 100 kg
  3. Habuk kayu 5% 50 kg
  4. Kapur(lime) 2% 20 kg
  5. Stardex 0.25% 2.5 kg






1.Keringkan Tinja kambing.
2.Hancurkan tinja menggunakan Grinder
3.Ratakan tinja yang hancur
4.Tabur habuk papan
5.Tabur abu sawit.
6.Taburkan kapur
7.Taburkan STARDEX

Cara Proses Kerja

1.Gaul dan balik-balikkan 2 x.
2.Basahkan dgn air kelembapan 60% (Sehingga boleh dikepal)
3.Longgokkan seperti bukit (3-4 kaki tinggi)
4.Kepanasan akan belaku 60-70 darjah)
5.Mesti diatas lantai tanah.
6.Balikan setiap minggu sehingga minggu ke 6.
7.Minggu ke 7 Packing.

PENGENALAN


Jenis Bidangusaha

Bidangusaha yang dicadangkan adalah :

Perusahaan baja organik yang berasaskan tinja ternakan kambing 150 – 200 metrik tan per tahun.

Nama dan Lokasi

Perniagaan yang dicadangkan adalah perniagaan milik syarikat.

Nama Syarikat :

Alamat :

Lokasi projek yang dicadangkan adalah :

xxxxxx

Tarikh Perniagaan akan beroperasi

Perusahaan ini dicadangkan akan beroperasi pada 01 September 2007.

TREN PASARAN DAN POTENSI BIDANGUSAHA BAJA ORGANIK


Baja Organik (Kambing)


Negara membelanjakan berbillion ringgit untuk mengimpot makanan kerana kurangnya pengeluar tempatan yang mengusahakan pengeluaran makanan untuk keperluan rakyat. Penyumbang utama kepada inflasi dinegara kita juga adalah disebabkan sektor makanan. Dasar Pertanian Negara ke Tiga (DPN 3) menggalakan sektor swasta dan orang perseorangan menceburi dengan lebih giat lagi sektor pengeluaran makanan samada dalam bidang pertanian, penternakan mahupun perikanan. Sebagai menyahut saranan oleh pihak kerajaan maka kertas kerja ini disediakan bagi menyokong dan membangunkan sektor industri pertanian Negara.

Secara rasionalnya, projek ini tidak akan mengalami masalah dari segi pemasaran produknya dan berdaya maju dari segi teknikal kerana beberapa faktor yang berikut :

a) Permintaan baja organic di Malaysia sentiasa meningkat.

b) Dengan peningkatan taraf dan gaya hidup serta kesedaran tahap kesihatan rakyat Malaysia , permintaan hasilan tanaman yang berasaskan baja organik semakin meningkat.

c) Semakin banyak saluran pemasaran hasilan tanaman organic dan baja organik di negara ini . Ini termasuklah di pasar segar, pasar malam, pasar sehari, pasar tani, Mini market, hyper market, tapak semaian dan sebagainya.

d) Tinjauan rambang terhadap pengusaha tanaman dan pekebun di sekitar Cameron Highland dan kawasan sekitar menunjukkan penggunaan dan permintaan baja organik semakin meningkat. Disebahagian kawasan didapati permintaan melebihi penawaran. Bekalan yang konsisten biasanya menjadi masalah utama kepada pengusaha tanaman.

e) Penggunaan baja organic telah terbukti dapat mengurangkan pencemaran alam yang disebabkan penggunaan baja kimia.

f) Kaedah ini boleh mengurangkan masalah pada penternak dalam pengurusan sisa kumbahan dengan memproses semula bahan buangan tersebut. Dengan ini secara tidak langsung memberi pulangan sampingan kepada pengusaha ternakan.

Analisis SWOT

a) Kekuatan

i. Kos pengeluaran yang rendah; Bekalan bahan mentah sedia ada.

ii. Lokasi strategik; Berhampiran kawasan pertanian.

iii. Kos buruh rendah; Tidak memerlukan bilangan pekerja yang ramai dan kepakaran yang tinggi.

iv. Rangkaian pemasaran yang luas.

v. Penggunaan teknologi EM (Stardec).

b) Kelemahan

i. Ketidaktentuan keadaan cuaca.

c) Peluang

i. Bantuan dan khidmat nasihat dari pihak yang berwajib.

ii. Penggunaan dan permintaan terhadap baja organik adalah tinggi.

iii. DPN 3 lebih memfokuskan industri yang berasaskan pertanian.

iv. Saranan Kementerian Kesihatan yang menggalakkan amalan pemakanan yang sihat.

v. Kesedaran pengguna terhadap kesan sampingan penggunaan baja kimia.

d) Ancaman

i. Bencana alam.

ii. Ancaman penyakit ternakan.

iii. Persepsi masyarakat.

iv. Persaingan daripada pengeluar baja yang lain.

TUJUAN KERTAS KERJA

Kertas kerja ini bertujuan untuk :

a) Perancangan projek baru (baja organik kambing)

b)Sebagai garis panduan perusahaan yang akan dijalankan.

LATARBELAKANG SYARIKAT

Nama Syarikat :

Pengurus Besar :

Alamat :

No . Telefon :

No. Faks :

Tarikh dan No. Pendaftaran Syaraikat :

Modal Permulaan :

Bank dan No. Akaun :

RANCANGAN PENTADBIRAN

5.1 Pelan lokasi projek yang akan dijalankan

( Sila rujuk lampiran pelan kasar lokasi projek)

5.2 Carta Organisasi

Cadangan gaji pengurus = RM 1,500 sebulan

Cadangan gaji pekerja = RM 700 sebulan / Seorang

Pekerja; Akan digunakan untuk kerja rutin dan pengurusan am.

Pengurus; Tugas utamanya adalah membuat keputusan mengenai pengurusan am, polisi kewangan, pemasaran, pengurusan operasi dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kemajuan.

Perbelanjaan pentadbiran selain gaji adalah di anggarkan dalam aliran tunai sebagai kos pelbagai. ( sila rujuk aliran tunai)

Keperluan Bahan

a. Bahan asas

i. Tinja 83% 830 KG

ii. Ash kelapa sawit 10% 100 KG

iii. Habuk kayu 5% 50 KG

iv. Kapor 2% 20 KG

v. Stardec 0.25% 2.5 KG

b. Peralatan

i. Grinder

ii. Cangkul

iii. Skop

iv. Cakar

v. Tong racun

vi. Rubber hose

vii. Gumboot

Sistem pengeluaran

Tinja yang dikumpulkan akan dikeringkan dan di kisar dengan menggunakan mesin pengisar (Grinder). Proses ini adalah bertujuan untuk memaksimumkan luas permukaan bahan pejal dari sisa tinja tersebut. Ini dapat membantu dalam mengoptimakan proses fermentasi. Tinja yang telah dihancurkan akan dicampurkan dengan habuk kayu, abu sawit, kapur dan stardec. Bahan-bahan ini dicampurkan sehingga sebati dan dikumpulkan ditempat teduh dengan ketinggian minimum 1.5 meter. Pengudaraan dilakukan melalui gaulan dan pembalikan selang 7 hari sekali sebanyak 4 kali. Selama proses kadar air dijaga pada tahap lebih kurang 60%. Proses dekomposisi akan terhenti secara kebiasaan, suhu turun menjadi lebih kurang 300C dan kadar air lebih kurang 40%. Ini akan menghasilkan baja organic yang berkualiti tinggi. Proses pembungkusan dilakukan pada minggu kelima.

Ciri-ciri baja organic yang sempurna proses pembuatannya akan menghasilkan warna coklat kehitaman, suhu turun secara alami lebih kurang 300C, kadar air lebih kurang 40%, pH diantara 5.5 hingga 7.5, tidak larut dalam air, bertekstur lembu, peroi dan tidak berbau

Rancangan Pemasaran

Strategi pemasaran yang dirancang adalah seperti berikut:

a) Pembungkusan dan ‘Labelling’ produk

i. Terdapat 3 saiz pembungkusan iaitu; 5KG, 10KG dan 25KG

Dengan adanya saiz yang berbeza, dapat memberi kemudahan pada pelanggan untuk memilih mengikut kesesuaian penggunaan.

ii. ‘Labelling’

Terdapat informasi yang memudahkan pengguna seperti nama dan alamat syarikat, cara penggunaan, peratusan komposisi bahan, cara penyimpanan dan tarikh pengeluaran.

b) Harga

i. Harga yang dicadangkan;

Saiz Bungkusan, KG

Harga, RM

5KG

RM 5.00

10KG

RM 9.00

25KG

RM 20.00

c) Rangkaian pemasaran

i. Produk akan dipasarkan di pasaran tempatan. Pasaran utama tertumpu pada pengusaha dan pekebun tanaman di sekitar Cameron Highland dan tapak semaian sekitar Sungai Buloh.

ii. Lokasi jualan di Lot 4B, Kampung Pah, Simpang Pulai, 31350 Ipoh, Perak.

d) Promosi

i. Akan dilakukan semasa produk dilancarkan.

ii. Iklan didalam akhbar tempatan.

iii. Papan Tanda di pintu masuk pusat operasi.

iv. Menyertai ekspo dan pameran pertanian (MAHA, Hari Peladang dll).

v. Terdapat pelbagai pakej pembelian (Harga Promosi).

Rancangan Kewangan

Dari segi ekonomi dan kewangan projek yang dicadangkan adalah berdaya maju dari segi kewangan dan teknikal dengan kadar pulangan dalaman sebanyak 38.16% dan tempoh pulang modal pada tahun ketiga. Nilai ini bersih adalah positif pada kadar faedah 10%. Semakin projek diperbesarkan dari tahun ke tahun kos pengeluaran semakin menurun. Oleh itu daya saing projek semakin baik dengan andaian-andaian yang diberikan. (Rujuk lampiran Unjuran Aliran Fizikal, Unjuran Aliran Kewangan dan Unjuran Penyata Pendapatan).

Penutup

Penggunaan bahan kimia yang terus menerus tanpa diimbangi dengan penggunaan bahan organik telah terbukti mengakibatkan kerosakan kepada sifat fizikal, kimia serta biologi tanah. Penggunaan baja organik dapat memperbaiki kerosakan kepada sistem fizikal, kimia serta biologi tanah.

Penggunaan baja organik untuk menghasilkan ladang yang mesra alam amat digalakkan dan mendapat kerjasama dari agensi-agensi kerajaan. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar pencemaran dari ladang ternakan oleh kerana penghasilan sisa-sisa pepejal. Selain daripada itu projek ini dapat mengurangkan kos pengurusan bahan buangan dan menambah nilai kepada industri induk.

Oleh hal demikian, projek pembuatan baja organik yang berasaskan tinja kambing amat berdaya maju kerana permintaan yang tinggi akibat daripada pembukaan projek-projek pertanian yang berasaskan tanaman secara organik (Organic Farming). Dimana baja kimia tidak digalakkan dalam aktiviti penanaman kerana ianya merbahaya kepada alam sekitar.

Cara membuat baja kompos dari tinja kambing

Tinja 83% 830 kg Abu sawit 10% 100 kg Habuk kayu 5% 50 kg Kapur(lime) 2% 20 kg Stardex 0.25%...