
Baja Organik (Kambing)
Negara membelanjakan berbillion ringgit untuk mengimpot makanan kerana kurangnya pengeluar tempatan yang mengusahakan pengeluaran makanan untuk keperluan rakyat. Penyumbang utama kepada inflasi dinegara kita juga adalah disebabkan sektor makanan. Dasar Pertanian Negara ke Tiga (DPN 3) menggalakan sektor swasta dan orang perseorangan menceburi dengan lebih giat lagi sektor pengeluaran makanan samada dalam bidang pertanian, penternakan mahupun perikanan. Sebagai menyahut saranan oleh pihak kerajaan maka kertas kerja ini disediakan bagi menyokong dan membangunkan sektor industri pertanian Negara.
Secara rasionalnya, projek ini tidak akan mengalami masalah dari segi pemasaran produknya dan berdaya maju dari segi teknikal kerana beberapa faktor yang berikut :
a) Permintaan baja organic di Malaysia sentiasa meningkat.
b) Dengan peningkatan taraf dan gaya hidup serta kesedaran tahap kesihatan rakyat Malaysia , permintaan hasilan tanaman yang berasaskan baja organik semakin meningkat.
c) Semakin banyak saluran pemasaran hasilan tanaman organic dan baja organik di negara ini . Ini termasuklah di pasar segar, pasar malam, pasar sehari, pasar tani, Mini market, hyper market, tapak semaian dan sebagainya.
d) Tinjauan rambang terhadap pengusaha tanaman dan pekebun di sekitar Cameron Highland dan kawasan sekitar menunjukkan penggunaan dan permintaan baja organik semakin meningkat. Disebahagian kawasan didapati permintaan melebihi penawaran. Bekalan yang konsisten biasanya menjadi masalah utama kepada pengusaha tanaman.
e) Penggunaan baja organic telah terbukti dapat mengurangkan pencemaran alam yang disebabkan penggunaan baja kimia.
f) Kaedah ini boleh mengurangkan masalah pada penternak dalam pengurusan sisa kumbahan dengan memproses semula bahan buangan tersebut. Dengan ini secara tidak langsung memberi pulangan sampingan kepada pengusaha ternakan.
No comments:
Post a Comment